Setiap hari kami menerima berbagai soalan-soalan dari pengunjung di Arked desa Online dan berbagai-bagai forum yang kami sertai. Telefon,email,sms dan chat yang bertanyakan berbagai soalan-soalan mengenai produk kami, penghantaran, promosi dan seumpamanya.Terima kasih diatas soalan-soalan berkenaan. Untuk memudahkan anda, kami sediakan soalan-soalan yang biasa ditanya (frequent asked question faq) yang telah di edit dan dikategorikan untuk tatapan anda semua.

Diharap anda dapat melihat kesemua soalan-soalan yang biasa ditanya ini sebelum mengemukakan soalan kepada kami. Ia lebih menjimatkan masa anda.

Jika anda ada soalan lain, sila kemukakan diruangan komen dibawah.

—————————————————————————————————————————————————-
Kain dan Kualiti Kain Lycra Yang Dijual

S1-Kalau saya nak mintak sample yang kain plain punya yang berbagai kaler, dan awak sudi bagi yang corak punya boleh?.Sample yang sikit2 pun tak pe. Kalau awak charge saya rm 10 pun tak pe.

S2-Lycra ni bukan yg jenis berkilat tu kan? Lycra jnis licin kilat atau kesat? Encik pernah tgk kualiti tudung plain z&z x?

Jawapan untuk S1 dan S2 diatas

Sample kain biasanya tidak diberi kepada pelanggan kerana jenis kain ini diketahui umum akan jenisnya dan kod warna yang terdapat di website kami dikira amat membantu untuk membuat pilihan warna yang ada. Ini komen pelanggan kami yang datang kekedai dan menulis di forum “Kualiti jc yang dia org jual ni setanding dengan J2 dan lycra jxkxl yang rm35 tu.”Kain ini tidak berkilat dan sama jenis dengan kain tudung plain Z&Z yang dijual dikedai kami dan juga dipasaran.

—————————————————————————————————————————————————–
Soalan untuk tukang jahit tudung

S1-Saya berminat hendak membuat tudung scallop saiz tutup dada dan saiz tutup pusat.Berapa meter yang perlu digunakan untuk membuat 2 jenis tudung ini? satu lagi, awak ada jual template untuk tudung scallop. template biasa2 sahaja.berapa meter yang perlu digunakan untuk membuat 2 jenis tudung ini?

S2-Saya berkenanlah dengan tudung lycra kedut tepi tu. Kalau saya nak dapatkan template boleh tak?

S3-Sy nak beli tamplet Tudung Lycra Butang Belakang ,Tudung Lycra Oval,Tudung Lycra Kedut Tepi,Tudung Lycra Labuh-XL boleh x?bape ye awk jual?thank

Jawapan untuk S1,S2 dan S3 diatas

Perlu saya jelaskan bahawa kami adalah  pengedar tudung dan kain lycra korea yang menjual secara borong dan runcit kepada pelanggan kami dan setakat ini kami bukan pengeluar/pengilang tudung berkenaan.Oleh itu kami tidak mempunyai templat seperti yang diminta.

—————————————————————————————————————————————————

Promosi & Penghantaran

S1.Kalau tempah dua tudung free post gak ke dan bila sampai?

S2.Saya nak beli Tudung Lycra Oval warna Coklat gelap 1 helai dan boleh tak hantar guna pos express?

Jawapan untuk S1 diatas

Untuk masa promosi dan insyaallah akan diteruskan (tunggu pengumuman)beli mana-mana 2 barangan kami akan mendapat pos percuma. Contoh beli 1 tudung dan 1 meter kain lycara, atau 2 tudung lycra atau 2 meter kain lycar, jimat bukan ?. Penghantaran dilakukan apabila bayaran telah dibuat. Sebolehnya kami cuba untuk menyegerakan proses penghantaran, kebiasaanya setelah bayaran diterima hari ini(sebelum 6 petang), barangan akan dihantar
keesokan harinya dan anda akan menerima barang sehari selepas itu.

Jawapan untuk S2 diatas

Setakat ini, kami menggunakan khidmad kurier dari 2 syarikat iaitu Pos Laju dan Skynet. Kedua-duanya menyediakan kemudahan ‘traking’ untuk mengesan dimana barangan berada dan adakah barangan sudah sampai. Cara pos yang lain
boleh dirunding, tetapi faktor keselamatan barangan menjadi keutamaan kami. Oleh itu penggunaan kurier selain dari 2 cara yang kami gunakan tidak digalakkan dan keselamatan barangan yang dihantar dengan cara lain adalah tanggungjawab penerima barangan tersebut dan bukan dari kami. Anda boleh membeli sehelai tudung tersebut dan akan dikenakan kos pos pada kadar rata berikut:

Semenanjung Malaysia – RM 5,
Sarawak – RM 7,
Sabah – RM 8,
—————————————————————————————————————————————————

Harga

S1-Sebagai pemborong kain, harga awak murah dari Jakel dan Kamdar ke..or  sama je?

Kami cuba untuk memberikan harga yang cukup kompetitif dalam pasaran dengan kualiti yang baik. Harga dipasaran sentiasa berubah-ubah terutama ketika kedai yang menjual kain jenis ini mengadakan promosi atau jualan, oleh itu
untuk membuat perbandingan, saya tidak boleh mengatakan harga yang kami tawarkan adalah lebih murah dari kedai lain. Puan boleh servey dan bertanya kepada rakan-rakan internet lain dengan memasuki discussion group yang ada
diinternet ini untuk membuat perbandingan harga.
—————————————————————————————————————————————————

Soalan untuk tudung lycra

S1.Separah keras @ separuh span ?

S2.Lycra jnis licin kilat atau kesat? Encik pernah tgk kualiti tudung plain z@z x?

S3.Tudung ni saiz M kainnya sama tak dgn brand Z and Z punya? Labuh dari dagu ke bwh brp cm ya?

Jawapan untuk S1 diatas

ya, semua tudung lycra ni separuh keras @ separuh span. bukan yang penuh tu.

Jawapan untuk S2 dan S3 diatas

Kami adalah pengedar tudung yang menjual secara borong dan runcit kepada pelanggan kami dan kami bukan pengeluar/pengilang tudung berkenaan. Kalau pn. maksudkan tudung brand z&z,ya sama kualiti kainnya macam tu, itulah salah satu brand tudung yang kami jual. Tetapi kami tak khusus jual tudung brand itu sahaja, sebab brand lain-lain dan macam-macam tapi benda sama sahaja. Contoh brand lain seperti dan Natasha, Tengku dan ada juga yang
tiada brand.Jadi kami jual semuanya, sebab kadang2 ada warna yang brand ni ada brand lain takde.
————————————————————————————————————————————————-

Harga Borong/Beli Borong

S1.Nak tye tudung lycra ala Ariani sz M ade tak .. kolo nk beli harga borong brape ye selai?

S2.Berapa harga borong untuk Tudung Oval?

Jawapan untuk S1 dan S2 diatas

Kami menerima banyak soalan-soalan yang bertanyakan harga borong bagi barangan kami dan kebanyakan soalan tersebut hanya sekadar bertanya dan tidak serius untuk melakukan urusniaga. Maklumat harga borong sebenarnya
adalah maklumat rahsia antara pembekal dan pengedar dan maklumat ini jika didedahkan boleh dimanipulasikan oleh pihak berkepentingan. Kami menerima maklumat dari pengedar bahawa terdapat segelintir pelanggan mereka yang
mendapat harga murah iaitu pada harga borong dari seseorang. Orang ini mengumpulkan kawan-kawannya dan membeli dengan harga borong dan kemudian menjual tanpa ada keuntungan padanya kecuali mendapat barangan dengan harga murah.

Dari segi urusan jual beli itu tidak salah dan orang yang membeli darinya juga gembira kerana mendapat barangan murah. Tetapi dari segi etika ia tetap salah. Dengan memberitahu kami dia ingin membeli secara borong dan bertindak seolah-olah dia adalah penjual yang ingin menjual barangan kami kepada orang lain tetapi hanya menjualnya pada harga modal, itu dikira telah mengambil hak orang lain. Apa yang kami maksudkan ialah dengan adanya urusan sedemikian,peniaga sebenar iaitu peniaga kecil yang membeli secara borong dari kami tidak lagi dapat menjual barangan mereka kerana perbezaan harga dipasaran yang disebabkan oleh orang berkenaan. Dan keadaan ini boleh menyebabkan mereka tidak lagi mahu berniaga dan kesan akhirnya boleh membawa kepada kemerosotan perniagaan kami.

Oleh itu, nasihat kami , jujurlah dalam urusan jual beli dan dapatkan harga berpatutan dan murah dengan cara yang betul. Dengan itu, bagi melindungi peniaga-peniaga yang berurusan dengan kami, sebarang pertanyaan mengenai harga borong secara amnya tidak akan dijawab. Untuk peniaga sebenar yang benar-benar ingin berniaga silakan berhubung dengan kami dengan menghantar email memberitahu maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon dan kami akan menghubungi anda kemudiannya.

14 Respons to “Soalan Anda ?”

  1. DePuteri Says:

    Salam.
    Puteri,
    Dulu ada ambil borong tudung yg menggunakan Jenama Tengku tapi sejak pemborong menukar kepada jenama sendiri berserta tempat beroperasi ini menimbulkan tak kesenangan Puteri untuk terus membeli disebabkan ramai pelanggan berurusan terus dengan pemborong.Adakah anda mengunakan jenama Tengku?
    Sebab jenama tu sesuai dengan blog yang Puteri usahakan.Tlg balas secara e-mail kpd Puteri.TKasih.

    1. arkeddesa Says:

      salam , saya dah balas , boleh check email . kalau takde sila bgtau. tq

  2. zarin Says:

    boleh emailkan saya contonh gmbar code kain lycra…

    1. arkeddesa Says:

      saya rasa awk boleh terus copy dari site ni , right click –> copy image , tq

  3. siti Says:

    salam
    nak tanya,kalau beli 1 dulu untuk tengok kualiti dan kesesuaian boleh tak?

    awaning tudung dari thai silk ke x?

    1. arkeddesa Says:

      salam siti,

      boleh saja beli satu, cuma kena tmbah rm5 untuk pos , kalau 2 pos free. Setakat ni awning tudung dengan body sama guna kaiin lycra, llain kalli insyallah kami akan tambah dengan awning thai silk. tq


  4. salam..
    kalau saya nak beli tudung lycra ovul warna yg dah sold out camne?
    bila bole dapat?

    1. arkeddesa Says:

      Salam cikgu,
      Sebetulnya susah kami nak bgtau bila ada balik kain yang sold out tu , sebab kami pun bergantung kepada supplier, selalu lah chek jadual warna kami untuk mengetahui warna-warna yang ada sekarang. tq

  5. Didi Says:

    Salam,

    Nak tanye,kain lycra ni boleh tak kalau saya nak buat Jubah.

    Kainnye sejuk n selesa.

    Terima kasih

    1. arkeddesa Says:

      salam ,

      kain ni boleh buat apa saja, ada org buat seluar , sarung lengan dan macam2 lagi . Tetapi semuanya bergantung kepada kepakaran tukang jahit yang tau menjahit dengan kain ni

  6. fauziah Says:

    kalau beli 5meter rm69 kan, tp kalau beli campur2 colour bly, 1meter untuk 5 colour bly x?

    1. arkeddesa Says:

      boleh campur2 . tq

  7. Rita Says:

    slm.. ade jual bj krg yg dh siap ke??..

    1. arkeddesa Says:

      salam , kat blog ni takde, tapi kalau datang kat kedai dah ada baju siap untuk raya . tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s