Selamat Datang

Tuan-tuan dan puan-puan ,

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke laman web kami. Kami berharap anda semua akan bergembira membeli belah di laman ini dan akan sentiasa mengunjungi laman ini.

Kami akan menghidangkan pelbagai pilihan barangan kami dan akan sentiasa mengemaskini maklumat barangan terkini untuk tatapan anda. Sebagai permulaan di alam cyber ini, kami akan bermula dengan koleksi tudung kain lycra yang terdapat di kedai kami. Anda akan melihat kami akan menambah pelbagai lagi barangan kami secara berperingkat-peringkat di laman ini pada masa akan datang.

Untuk memberikan anda khidmat terbaik dan memudahkan anda untuk membeli barangan kami, anda boleh berhubung dengan pihak kami melalui  telefon , email,sms atau bersembang terus melalui sembang online dengan menggunakan Meebo Online chat  diruangan kanan laman ini atau menggunakan Yahoo Mesengger untuk sebarang pertanyaan kepada kami. Kami akan cuba sebaik mungkin memberikan anda pengalaman menyenangkan membeli belah di internet di laman kami. Malah anda juga dialu-alukan memberikan cadangan bagaimana kami boleh meningkatkan khidmat kami untuk anda.

Kami percaya barangan berkualiti, perkhidmatan yang cekap dan layanan yang mesra pelanggan adalah intipati kejayaan dalam perniagaan, itulah komitmen kami.

Terima kasih, dan selamat melayari laman kami.

Mohd Suhaimi Yusoff
Arked Desa
Bahagian Jualan & Pemasaran Internet

Telefon: 03-55196775
sms: 016-2370259
email: suhaimi.arkeddesa@ymail.com

: Sebarang cadangan dan aduan bolehlah dihantar melalui komen disini

2 Respons to “Selamat Datang”

  1. marizan Says:

    salam….tuan,saya nak tanya warna pink muda kod dia apa ya?saya confuse dgn warna pink yang terang2 tu.

    1. arkeddesa Says:

      kalau shocking pink kod dier p57, kalau soft pink p69, … lain2 pink p34, p16. tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s