Tudung Lycra nama mudah yang kami gunakan untuk tudung yang diperbuat dari kain jenis Lycra. Tudung jenis ini yang mudah dipakai seringkali juga dipanggil dengan nama lain seperti tudung ekin, tudung instant, tudung sarung dan sebagainya. Memakainya semudah memakai baju tanpa perlu pin atau melipatnya. Dengan material/kain dari jenis kain Lycra, tudung ini amat praktikal kerana ciri-ciri seperti tidak renyuk walau disimpan didalam beg, lembut di kulit, amat selesa dan sejuk kerana material ini memberi pengudaraan yang baik bagi si pemakainya. Malah material jenis ini juga digunakan oleh butik terkenal seperti butik Axxxxi dan pelbagai lagi jenama tudung terkenal di Malaysia. Dengan lima variasi berbeza kami menawarkan lima jenis tudung Lycra iaitu

  • Tudung Lycra Biasa/Runcing (dengan saiz S,M,L,XL,),
  • Tudung Lycra Scalop (dengan saiz S,M,L,XL,),
  • Tudung Lycra Butang Belakang,
  • Tudung Lycra Oval (juga dikenali dengan nama Oval Jakarta)
  • Tudung Lycra Kedut Tepi

Jika untuk versi terdahulu kami hanya menjual tudung Lycra dari berbagai jenama seperti Tudung Z and Z , Natasha, Tengku dan sebagainya, kini kami maju setapak lagi dengan menghasilkan sendiri tudung lycra dan kini tudung lycra ini kami namakan TUDUNG LYCRA ARKED DESA. Dengan kebolehan menghasilkan sendiri tudung lycra ini,kini kami mampu untuk mengawal kualiti tudung untuk memberi kepuasan dan produk terbaik kepada pelanggan. Walaupun masih menggunakan material yang sama, namun kualiti jahitan dari tukang jahit kami yang cukup berpengalaman pastinya akan  menambat hati anda apabila memakai tudung lycra kami.

Dengan sedikit perbezaan dari harga terdahulu,  harga yang ditawarkan masih berpatutan, anda boleh menempah mengikut warna kegemaran anda sebagaimana kod warna dan saiz yang sesuai yang telah kami sediakan. Berikut ialah senarai harga untuk semua Tudung Lycra Arked Desa.Senarai Harga Untuk Semua Tudung Lycra  Di Arked Desa

Jenis /Size S M L XL
Biasa RM29 RM35 RM39 RM45
Runcing RM32 RM35 RM39 ——-
Scalop RM35 RM39 RM45 RM49
Butang Belakang ——— RM35 RM39 RM45
Oval ——— RM39 RM45 ———
Kedut Tepi ———- RM39 RM45 ———-
Tudung Budak ————— -(FREE SIZE RM29)——- —————

*—— saiz berkenaan tidak ditawarkan  untuk jenis yang berkenaan

Tudung Lycra Butang Belakang Tudung Lycra Oval Tudung Lycra Kedut Tepi