Selamat Datang
Tuan-tuan dan puan-puan ,
Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke laman web kami. Kami berharap anda semua akan bergembira membeli belah di laman ini dan akan sentiasa mengunjungi laman ini.
Kami akan menghidangkan pelbagai pilihan barangan kami dan akan sentiasa mengemaskini maklumat barangan terkini untuk tatapan anda. Sebagai permulaan di alam cyber ini, kami akan bermula dengan koleksi tudung kain lycra yang terdapat di kedai kami. Anda akan melihat kami akan menambah pelbagai lagi barangan kami secara berperingkat-peringkat di laman ini pada masa akan datang.
Untuk memberikan anda khidmat terbaik dan memudahkan anda untuk membeli barangan kami, anda boleh berhubung dengan pihak kami melaluiĀ telefon , email,sms atau bersembang terus melalui sembang online dengan menggunakan Meebo Online chatĀ diruangan kanan laman ini atau menggunakan Yahoo Mesengger untuk sebarang pertanyaan kepada kami. Kami akan cuba sebaik mungkin memberikan anda pengalaman menyenangkan membeli belah di internet di laman kami. Malah anda juga dialu-alukan memberikan cadangan bagaimana kami boleh meningkatkan khidmat kami untuk anda.
Kami percaya barangan berkualiti, perkhidmatan yang cekap dan layanan yang mesra pelanggan adalah intipati kejayaan dalam perniagaan, itulah komitmen kami.
Terima kasih, dan selamat melayari laman kami.
Mohd Suhaimi Yusoff
Arked Desa
Bahagian Jualan & Pemasaran Internet
Telefon: 03-55196775
sms: 016-2370259
email: suhaimi.arkeddesa@ymail.com
: Sebarang cadangan dan aduan bolehlah dihantar melalui komen disini
23 Mei 2010 at 6:14 pm
salam….tuan,saya nak tanya warna pink muda kod dia apa ya?saya confuse dgn warna pink yang terang2 tu.
24 Mei 2010 at 8:31 pm
kalau shocking pink kod dier p57, kalau soft pink p69, … lain2 pink p34, p16. tq