Bagaimana anda boleh memesan (oder) barangan dari kami? Sila ikuti langkah-langkah berikut :-
1.Pesanan(oder)
Setelah menemui barangan yang ingin dibeli, sila hubungi kami melalui sms,email, sembang online (meebo atau yahoo mesengger) atau tinggalkan komen pada bahagian bawah halaman barangan tersebut dengan maklumat berikut:-
i.Nama anda
ii. Email/No Telefon (bagi yang memesan melalui komen)
iii. Kod Tudung dan kuantiti yang hendak dipesan
(email: suhaimi.arkeddesa@ymail.com)
(sms: 016-2370259)
2.Pengesahan barangan anda
Selesai membuat pesanan, sila tunggu sms/email pengesahan dari kami mengatakan barangan yang ditempah ada dengan kuantiti yang diminta dan juga detail jumlah bayaran yang perlu dibuat (bayaran barangan dan bayaran perkhidmatan kurier penghantaran). Status pengesahan barangan ada/tiada akan dihantar dalam masa 24 jam.
3.Pembayaran
Setelah anda bersetuju dengan jumlah harga yang perlu dibayar. Pembayaran hendaklah dibuat dalam masa 4 hari dari tarikh pengesahan email/sms diterima.
Pembayaran boleh dilakukan melalui ‘bank -in’ atau ‘transfer’ ke akaun Maybank atau Cimb
No akaun Maybank: xxxx xxxx xxxx
Nama: Mohd Suhaimi Bin Yusoff
No akaun Cimb: xxxx xxxx xxxx xx
Nama: Mohd Suhaimi Bin Yusoff
(No akaun akan diberikan semasa pengesahan dari kami)
Sila email/sms kepada kami jumlah bayaran dibuat,nombor transaksi, tarikh & masa sebagaimana tercatat dalam resit, bersertakan nama penuh, alamat pos dan nombor telefon. Sila simpan resit pembayaran atm yang dibuat sehingga anda menerima barangan yang dibeli. Begitu juga, sekiranya pembayaran dibuat melalui’ online banking balance transfer ( CIMB clicks / Maybank2u), hantarkan butiran tersebut kepada kami dan sila simpan ‘printscreen’ transaksi bukti pembayaran sehingga anda selesai menerima barangan yang di beli itu.Sekiranya timbul sesuatu keraguan, pihak kami berhak untuk meminta anda supaya faxkan/email resit atau ‘printscreen’ transaksi tersebut sebagai bukti transaksi pembayaran .
4.Penghantaran
Penghataran akan dibuat dalam masa 24 jam setelah bayaran dibuat. Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan Skynet yang mengambil masa 1-2 hari bekerja ke seluruh Malaysia. Email/sms mengenai no jejakan ‘tracking number’ Skynet (AWB NO) akan di sms/email kepada anda sebaik sahaja penghantaran ke Skynet dibuat. Untuk kemudahan anda, sila pastikan anda atau seseorang berumur 18 tahun keatas ada dirumah/(alamat yang dihantar) untuk tandatangan apabila barang tersebut sampai.
Perhatian:
o Jangan membuat bayaran sebelum menerima email/sms pengesahan dari pihak kami
o Setelah membuat pesanan, pastikan anda membuat bayaran dalam 4 hari dari tarikh pengesahan email/sms diterima atau pesanan anda akan terbatal secara automatik. Jika sekiranya anda masih berminat, anda boleh membuat pesanan semula tetapi tiada jaminan barang yang anda pesan sebelum itu masih ada.
o Kami menggunakan khidmat penghantaran Skynet untuk menghantar barangan yang dipesan kerana kemudahan ‘tracking online’ yang disediakan. Penghantaran menggunakan perkhidmatan selain yang dinyatakan boleh dirunding jika terdapat permintaan dari pelanggan.
o Anda dinasihatkan supaya memeriksa barangan dengan segera untuk memastikan barangan yang sampai adalah betul dengan pesanan anda. Sebarang aduan berkenaan barangan berkenaan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh anda menerima barangan. Kami menganggap barangan telah selamat sampai kepada anda selepas 4 hari berkenaan dan sebarang aduan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.(Rujuk : Jaminan Kepuasan Pelanggan)
Sila utarakan masaalah, aduan dan pandangan anda mengenai pesanan, pembayaran dan penghantaran menerusi komen di bawah ini, terima kasih.


27 Julai 2009 at 1:02 pm
khairul 013-998xxxx kxxxxxu_agxxxxf@yahoo.com.my
Tudung Lycra Butang belakang / c11
Tudung Lycra Oval / c11
27 Julai 2009 at 8:27 pm
Salam En.Khairul,
Status pesanan encik,
Tudung Lycra Butang Belakang – c11(Milky White) -1 helai – ada
Tudung Lycra Oval -c11(Milky White)- tidak ada
Tetapi, Tudung Lycra Oval warna putih sebenar (tiada dalam kod warna) masih ada .
Secara perbandingan putih c11(milky white) adalah warna susu pekat manis dan warna putih
sebenar pula adalah warna putih kertas a4. Boleh rujuk sumber2
untuk perbandingan jika nampak perbezaannya.
Boleh reply disini atau ke email saya
(Jawapan ini di cc ke email en.khairul)
Terima kasih.
5 Ogos 2009 at 4:29 pm
salam, ada x plain lycra pale green, soft yellow n cream, tq
6 Ogos 2009 at 7:29 am
Salam maira,
Setakat ni semua 17 warna yang ada kat website ni masih ada, kalau ada yg berkenan boleh oder .
9 Ogos 2009 at 11:01 am
tudung saiz m c4 & c21 masing2 1 pc. kalau boleh free postage
10 Ogos 2009 at 1:02 pm
Salam Laraswati,
Tudung tu dah ada , boleh rujuk email untuk pembayaran .
12 Ogos 2009 at 9:45 pm
salam…
encik, saya pernah call bertanya berkaitan untuk menjadi pengedar bagi tudung di arked desa? boleh encik, email secepat mungkin berkaitan hal ini….
13 Ogos 2009 at 7:30 am
Sila hantarkan Nama, Alamat dan No telefon ke email suhaimi.arkeddesa@ymail.com, kemudiannya kami akan menghubungi Pn.
21 Disember 2009 at 9:12 pm
Salam…
Encik saya nak order tudung lycra butang belakang saiz L, warna spt dibawah…saya perlukan jawapan seberapa segera….
p10, p34
22 Disember 2009 at 11:08 am
salam pn.naha,
saya dah check stok. yg butang belakang ni takdek stok skarang, tapi kain nyer ada , jadi kalau betul2 nak dan boleh tunggu kami akan jahit dalam masa satu hingga 2 minggu maksimum. ..tapi biasanya lebih cepat dari tu la.. ok kalau setuju boleh reply kat email saya. –> suhaimi.arkeddesa@ymail.com .. tq
22 Disember 2009 at 2:50 pm
Ok.. Saya boleh tunggu…kalau boleh sebelum sekolah di buka….
Ini Nombor handphone saya…
0126837117…SMS NO. akaun dan berapa harga yang dikenakan..Bila dah online duit ..saya akan email atau sms
OK..Terima Kasih…
22 Disember 2009 at 5:43 pm
ok. saya dah sms puan , tq
23 Disember 2009 at 2:33 pm
Ingin dapatkan quotation untuk Semua jenis tudung di ARKED DESA. TQ
24 Disember 2009 at 10:30 am
Semua harga tudung kami boleh dilihat disini
http://arkeddesa.wordpress.com/2009/12/03/tudung-lycra-2/
28 Disember 2009 at 8:53 pm
salam……
saya nak order kain lycra kod
p10 1 meter
p19 1 meter
p34 1 meter
p68 1 meter
p42 1 meter
p61 1 meter
p15 1 meter
p15 1 meter
31 Disember 2009 at 11:00 am
saya dah reply kat email , sila check email yer , tq
2 Januari 2010 at 9:00 pm
salam..tudung labuh lycra XL/warna p33 dan p36 ada tak?
4 Januari 2010 at 12:26 pm
salam , yg tudung lycra labuh xl p33 petang ni siap , yang p36 tu kainnyer takdek jadi memang takde lah buat masa ni , tq
17 Mei 2010 at 1:32 pm
Salam. saya ingin membeli kain lycra plain warna hitam.Ada stok ke x? Harap maklum.
17 Mei 2010 at 2:25 pm
ada stok sekarang , boleh oder ikut email sy , tq
22 Mei 2010 at 9:57 pm
salam… sy nak tdung lycra runcing saiz M warna turqoise ya 1 ja
phone no. : 013 377xxxx
24 Mei 2010 at 8:47 pm
ok, yang ni boleh sebab ada kain . kainnya turqoise warna p1 yer .. lain2nya check email yer . tq