Polisi Pemulangan Barang Dan Jaminan Wang Dikembalikan
(HANYA UNTUK PEMBELIAN ONLINE SAHAJA)
Kami memberi jaminan 100% kepuasan pelanggan bahawa barangan yang di hantar adalah bebas dari sebarang kerosakan semasa penghantaran barangan dibuat. Kami menerima pemulangan barangan dari pelanggan yang dihantar semula kepada kami 4 hari dari tarikh anda menerima barangan dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Kesilapan penghantaran barangan atau barangan rosak (bukan disebabkan oleh proses penghantaran pos) dan
- Barangan dipulangkan kepada kami sebagaimana keadaan asal barangan tersebut
Kami akan memulangkan semula wang anda 100% beserta dengan kos menghantar balik (melalui pos) kepada kami jika terbukti kesilapan berpunca dari pihak kami dan memenuhi syarat-syarat diatas. Anda boleh memulangkan barangan tersebut ke alamat kami.
(Barangan yang tidak rosak dan tiada kesilapan semasa penghantaran adalah tidak boleh dipulangkan semula)