Beli 5m – RM69 sahaja termasuk pos ,Beli 10m – RM124 sahaja termasuk pos
Beli lebih banyak , harga lebih murah, Penghantaran segera .
Sila lihat warna html dibawah untuk penghampiran warna yang lebih tepat.
| p1 | p2 | p3 | p4 |
| p5 | p6 | p7 | p8 |
| p9 | p10 | p11 | p12 |
| p13 | p14 | p15 | p16 |
| p17 | p18 | p19 | p20 |
| p21 | p22 | p23 | p24 |
| p25 | p26 | p27 | p28 |
| p29 | p30 | p31 | p32 |
| p33 | p34 | p35 | p36 |
| p37 | p38 | p39 | p40 |
| p41 | p42 | p43 | p44 |
| p45 | p46 | p47 | p48 |
| p49 | p50 | p51 | p52 |
| p53 | p54 | p55 | p56 |
| p57 | p58 | p59 | p60 |
| p61 | p62 | p63 | p64 |
| p65 | p66 | p67 | p68 |
| p69 | p70 | p71 | p72 |
| p73 | p74 | p75 | p76 |
| p77 | p78 | p79 | p80 |
| p81 | p82 | p83 | p84 |
| p85 | p86 | p87 | p88 |
| p89 | p90 | p91 | p92 |
| p93 | p94 | p95 | p96 |
| p97 | p98 | p99 | p100 |
| p101 | p102 | pxxx | p104 |
| p105 | p106 |
Nama warna dan kod’web colour ‘dirujuk dari Sumber1 dan Sumber 2
*Check Stok Warna Kain terkini – sila klik link ini (Diupdate setiap hari)
*Harga Baru
Jadual Harga Bertingkat Mengikut Meter Pembelian

** Kadar kurier diatas bagi Sabah dan Sarawak adalah untuk kawasan berikut sahaja
Kuching, K.Kinabalu, Sibu, Bintulu, Miri, Labuan, Lahat Datu, Sandakan & Tawau.
Bagi kawasan lain, kadar lain akan dikenakan dan akan diberitahu kemudian.
.
Beli 5m – RM69 sahaja termasuk pos ,Beli 10m – RM124 sahaja termasuk pos
Beli lebih banyak , harga lebih murah, Penghantaran segera .
Bidang 60
Kualiti kain setaraf dengan kain lycra biasa J2.
Tempahan/belian boleh dilakukan minimum setengah meter dan seterusnya dalam gandaan itu (1meter, 2 meter, 3meter,4meter, …)
Penghantaran dibuat pada setiap hari bekerja, bayar hari ini, esok hantar, lusa dapat barang (kebiasaannya).
*Klik link ini untuk beli kain lycra
Ambil perhatian,penunjuk warna ini adalah untuk memudahkan anda membuat
rujukan untuk memilih warna. Kebanyakan komputer kadangkala tidak akan
menunjukkan warna setepat warna sebenar dimana setiap monitor dan pelayar
laman sesawang hanya berupaya memilih warna terhampir sahaja. Penunjuk
warna tidak boleh digunakan apabila penjodohan warna adalah kritikal.
13 Ogos 2009 at 10:44 am
cik na… P5 tu warna hijau lumut ka?
13 Ogos 2009 at 10:43 pm
Salam k. siti ,
Kain p5 tu org panggil hijau lumut, kain ni hijau yang gelap tu , ada jugak org panggi hijau spirulina ….macam tu lahhh yer kak,
27 Ogos 2009 at 11:26 pm
salam…cik na.. macam mana kalau kak linda nak dapatkan sampel kain lyrca. berapa bayaran ?
28 Ogos 2009 at 2:49 pm
salam kak linda,
sample kain lycra ni saya bagi jer, tak jual, so nak dapatkan tu takleh nak janji laaa sebab dah habis…tapi akan datang kalau saya ada buat lagi saya akan bagi , nanti email alamat akak kat saya ..kalau saya buat lagi saya antar kat akak. tq
2 September 2009 at 7:23 am
okay… ni add. email kak linda..
adikainul@yahoo.com
23 Oktober 2009 at 1:56 pm
nak tanya, 1 meter kain bidang 60 ke? dapat utk berapa helai tudung saiz M?
25 Oktober 2009 at 8:06 pm
biasanya boleh dapat 2 helai tudung saiz m bagi yang expert, kalau kurang pengalaman mungkin lebih laa.
5 November 2009 at 1:59 am
andaikata beli 10m, ada diskaun lagi atau sama jek?
26 Disember 2009 at 10:13 am
Kain no p30 dah ada stock tak…?
28 Disember 2009 at 11:24 am
Salam ,
Kain kod p30 belum ada lagi buat masa ni, tq
24 Januari 2010 at 10:53 am
salam.. kain utk awning ada jual tak?.. berapa harga semeter
25 Januari 2010 at 2:50 pm
salam , kain utk awning belum jual lagi setakat ni . tq
30 Januari 2010 at 9:48 am
salam,
kak, kalau nak tempah tudung scallop XL boleh?
31 Januari 2010 at 12:29 pm
Boleh tempah , check warna nyer ada ke tak , kalau takde nanti lama kena tunggu, kalau boleh tempah yg warna yg ada . tq
1 Februari 2010 at 10:56 pm
[...] kain lycra : Kain Lycra Plain/Kosong , Kain Lycra 3 [...]
2 Februari 2010 at 5:36 pm
[...] Dengan tawaran warna lebih dari 80 warna, ianya pasti sesuai dengan citarasa anda. Apa tunggu lagi buatlah pilihan dan belilah sekarang,klik disini . [...]
2 Mac 2010 at 12:30 pm
salam,
saya ada kirim beli kain lycra warna putih pada adik ipar saya. apabila saya buka, macam ada bahagian kain yang rosak la. kain macam terkeluar benangnya. so, pelanggan saya complain, dia kata saya guna kain murah macam alas meja je..
2 Mac 2010 at 8:29 pm
(Disiarkan untuk panduan semua)
Salam, terima kasih atas komen ini .
1.Sewajarnya apabila terdapat sebarang kerosakan pada produk yang dibeli dari kami, pembeli seharusnya memeriksa barangan tersebut terlebih dahulu setelah menerimanya. Adalah menjadi tanggung jawab pembeli untuk memaklumkan kepada kami segera (dalam tempoh 4 hari setelah diterima)sekiranya terdapat kecacatan berkenaan keadaan barangan yang diterima.
Untuk mengesahkan pembelian adalah dari kami, kami akan meminta maklumat-maklumat berikut Nama, Alamat , No telefon pembeli, tarikh dan nombor resit belian, dan nombor treking skynet.
Gesaan supaya memeriksa barangan yang diterima telah dinyatakan dengan jelas di bahagian “Pesanan, Pembayaran dan Penghantaran” seperti berikut
” Anda dinasihatkan supaya memeriksa barangan dengan segera untuk memastikan barangan yang sampai adalah betul dengan pesanan anda. Sebarang aduan berkenaan barangan berkenaan hendaklah dikemukakan
selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh anda menerima barangan. Kami menganggap barangan telah selamat sampai kepada anda selepas 4 hari berkenaan dan sebarang aduan selepas tarikh tersebut tidak akan
dilayan.(Rujuk : Jaminan Kepuasan Pelanggan)”
Terma dan syarat pemulangan barangan juga dinyatakan dengan jelas dibahagian “Jaminan Kepuasan Pelanggan” sila rujuk dibahagian tersebut.
2. Berkenaan dengan kualiti kain lycra yang kami jual, setelah beratus kayu dan beribu-ribu meter kami jual, inilah pertama kalinya kami menerima komen seperti ini.Seharusnya kualiti kain ini dinilai oleh tukang jahit yang menjahit tudung ini dan bukan oleh pelanggan yang mungkin baru kali pertama memakainya, atau mungkin sekali pelanggan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu mengenai tudung yang dihasilkan.
Tukang jahit yang berpengalaman sudah tentu sekali tahu akan kualiti kain dengan hanya sekali pandang dan pegang kain ini, dan sekiranya benar seperti “alas meja” sudah tentu kami tidak lagi dapat berniaga menjual kain ini dan menerima beribu komen negatif mengenai kain ini. Justeru, kami amat sangsi akan dakwaan ini.
Sebagai peniaga yang bertanggujawab, saya yakin dengan kualiti kain yang kami jual dan begitu juga dengan ramai lagi pelanggan kami yang amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan jualan kain kami.
Pun begitu, nasihat saya untuk semua pelanggan, jika sekiranya terdapat kecacatan pada apa-apa produk jualan kami, kami nasihatkan anda segera menghubungi kami selewat-lewatnya 4 hari dari tarikh anda menerima barangan dan jika benar terdapat kecacatan seperti yang didakwa, sila pulangkan semula kepada kami dan kami kemudian akan hantarkan semula barangan baru(yang tiada kecacatan) kepada anda serta kos pos penghataran yang telah anda hantar kepada kami.
Terima kasih , diharap berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.
3 Mac 2010 at 11:00 am
terima kasih atas penjelasan tersebut. saya tidak menyalahkan pihak arked desa, kerana dari banyak-banyak kain yang dibeli hanya pada kain putih ini sahaja bermasalah. semasa menjahit saya tidak melihat sebarang kecacatan pun. jadi, saya rasa mungkin pelanggan saya yang telah merosakkan tudung tersebut, lalu menuduh tudung itu tidak berkualiti.
kenyataan pelanggan itu turut menyakitkan hati saya. beliau pada awalnya ingin menempah tudung labuh. setelah dijahit, tudung tersebut minta disingkatkan. selain dari itu, beliau juga mendakwa tentang kualiti kain tersebut.
saya berharap pihak tuan tidak tersinggung dengan pertanyaan saya. saya sendiri turut berpuas hati dengan kualiti kain yang saya beli dari arked desa.
akhirnya saya saja yang ambil tudung putih itu untuk dijadikan telekung. sangat selesa nak beribadat dimusim panas ini…
maaf sekali lagi. terima kasih.
21 Mac 2010 at 10:44 pm
salam
kain lycra ni berat tak kak
maksud saya bila pakai tu dy jatuh dgn elok tak?
mcamaner dengan tebal?samada tebal atau nipis..
kalau mcm lycra kat jxxxl dy nipis tak berapa sedap..hope kat sini tebal dan berat..saya nak order..hihi
22 Mac 2010 at 8:29 pm
salam,
susah nak terangkan kat sini pasal kain ni , dan pandangan mengenai kain ni pun subjektif ikut pandangan org yg menilainya. Jadi kalau ikut pandangan saya, kain ni berat dan jatuh elok , nak kata tebal sangat tak jugak, nak kata nipis pun tak jugak , sesuai utk buat tudung, dan kain ni dari jenis lycra korea 280g/y, dan saya dtak penah pula banding kain yg saya jual dengan kedai yg awk bgtau tu . tq
22 Mac 2010 at 12:46 pm
salam arked desa sy bminat utk mbeli kain dr arked desa tp sy ingin mlihat sndr jenis2 kain yg ada dgn arked desa so mcm mn erk….
22 Mac 2010 at 8:17 pm
salam , saya dah balas dekat email yer . tq
24 Mac 2010 at 8:55 pm
bolehker kain ni dibuat baju?
3 April 2010 at 12:06 pm
salam ,
kain ni boleh buat apa saja, ada org buat seluar , sarung lengan dan macam2 lagi . Tetapi semuanya bergantung kepada kepakaran tukang jahit yang tau menjahit dengan kain ni
25 Mac 2010 at 6:03 pm
salam. cantik la warna2 kain yang awak jual ni.. saya berkenan lah.. saya nak beli borong, tapi saya prefer nak pergi kedai awak, beli kat sana.. boleh email alamat? thanks.
3 April 2010 at 12:09 pm
Arked Desa ,
No 5, Jalan Kristal L7/L , seksyen 7, 40000 shah alam , selangor
Kalau nak tengok dengan peta skali, boleh klik dekat “Hubungi kami” kat page depan , atas sebelah kanan
29 Mac 2010 at 9:44 pm
salam kak…sy berminat tuk membeli kain lycra..
sy tinggal di klang..
bleh x akak email address kedai..
sy igt nk pegi sndiri ke kedai tu.
3 April 2010 at 12:10 pm
Arked Desa ,
No 5, Jalan Kristal L7/L , seksyen 7, 40000 shah alam , selangor
Kalau nak tengok dengan peta skali, boleh klik dekat “Hubungi kami” kat page depan , atas sebelah kanan
1 April 2010 at 3:23 pm
salam,
jika saya beli 1m warna lain2 boleh?- maksud saya
P25, P55,P13,P54,P53,P17,P39,P47,P38,P80,P57,P43
3 April 2010 at 12:22 pm
kalau maksud awak untuk jumlah 12 meter , setiap 1 meter tu berlainan warna , jadi ada 12 warna kesemuanya , ya boleh buat masa ni .
2 April 2010 at 9:38 pm
[...] kain lycra : Kain Lycra Plain/Kosong , Kain Lycra [...]
4 Mei 2010 at 12:08 am
[...] kain lycra : Kain Lycra Plain/Kosong , Kain Lycra [...]
8 Mei 2010 at 2:22 am
Salam.
Saya nak cari kain lycra yang tebal yang sesuai buat long pants. Ada cadangan yang mana sesuai?
8 Mei 2010 at 10:41 pm
salam , saya tak pasti pasal long pants ni, sebab kebanyakan customer saya buat tudung dgn kain ni , kain ni dari jenis lycra kualiti 280g/320g. Tapi awk boleh cuba kalau awk mahu, tq
24 Mei 2010 at 6:09 pm
[...] kain lycra : Kain Lycra Plain/Kosong , Kain Lycra [...]
9 Jun 2010 at 10:16 am
biasanya orang buat tudung untuk size “m” berapa meter ye…
seksyen7 dekat plaza masalam ke?
saya drpd johor..
9 Jun 2010 at 11:25 pm
Salam .. biasanya 1m cukup utk tudung saiz m . Seksyen 7 ni dekat uitm shah alam . Kalau nak tengok peta boleh cari “Arked desa” di google map . tq
9 Jun 2010 at 7:43 pm
salam…semua warna utk kain lycra tu ada ke?
9 Jun 2010 at 11:24 pm
salam , buat masa ni tak semua warna ada dikedai , dan pada ketika ini banyak warna yang telah habis dijual . Sebagai panduan warna yang ada boleh klik di link sebelah kiri “Check warna tudung lycra” atau klik disini
10 Jun 2010 at 10:33 am
hanya ada kain lycra plain je ke,lycra bercoak ade tak?
27 September 2010 at 11:25 pm
kalau 10 meter tu, kena satu warna sama ataua boleh campur 10 warna?
28 September 2010 at 9:41 pm
salam, kain ni boleh beli min 1m, dan seterusnya: cth 2m, 3m dan seterusnya. Boleh campur2 warna. Cuma tak boleh beli 1.5m, 2.5m. Tidak dibenarkan beli dalam gandaan 0.5. Tq
On Mon, 27 Sep 2010 23:25 MYT
29 September 2010 at 8:13 pm
kiranya kalau beli 10m cam ni, boleh dapat harga borong tu jugak ke?
2 Oktober 2010 at 12:35 am
harga kami ialah harga bertingkat, iaitu harga ditentukan oleh jumlah meter yang dibeli. Harga untuk 10 meter ialah rm11/meter . Untuk harga paling rendah ialah rm10.50/meter apabila anda membeli 30meter dan keatas . tq